Empat budak hilang 40 hari di hutan Amazon ditemukan masih hidup

Penduduk Colombia menyifatkan penemuan empat kanak-kanak yang masih hidup di hutan Amazon selepas pesawat mereka terhempas 40 hari yang lalu sebagai satu keajaiban. - Foto Twitter Gustavo Petro
Penduduk Colombia menyifatkan penemuan empat kanak-kanak yang masih hidup di hutan Amazon selepas pesawat mereka terhempas 40 hari yang lalu sebagai satu keajaiban. - Foto Twitter Gustavo Petro
A
A
A

BOGOTA - Penduduk Colombia menyifatkan penemuan empat kanak-kanak yang masih hidup di hutan Amazon selepas pesawat mereka terhempas 40 hari yang lalu sebagai satu keajaiban.

Pada 1 Mei, kesemua kanak-kanak itu dalam perjalanan dari Araracuara, di wilayah Amazonas, ke San Jose del Guaviare, Colombia sebelum pesawat yang dinaiki mengalami kerosakan lalu terhempas.

Tiga orang dewasa termasuk ibu kanak-kanak berkenaan, dilapor meninggal dunia.

Pihak tentera memulakan operasi pencarian intensif yang digelar Operasi Harapan, lapor Agensi Anadolu.

Pasukan penyelamat menggunakan pelbagai strategi untuk mengesan kanak-kanak berkenaan, termasuk menyiarkan mesej yang dirakam nenek mereka dalam bahasa asli, meminta keempat kanak-kanak itu untuk kekal di tempat mereka berada.

Selama lebih sebulan, pasukan penyelamat mengikuti petunjuk yang ditinggalkan -- botol bayi, jejak kaki kanak-kanak di lumpur, buah yang kelihatan telah dijamah dan lampin.

Lesly Jacobombaire Mucutuy (13 tahun), Soleiny Jacobombaire Mucutuy (9 tahun), Tien Noriel Ronoque Mucutuy (4 tahun), dan Cristin Neriman Ranoque Mucutuy (11 bulan), ditemui dalam keadaan dehidrasi, malnutrisi, dan jangkitan.

Presiden Colombia, Gustavo Petro meluahkan kegembiraannya di Twitter.

"Kegembiraan bagi seluruh negara! Empat kanak-kanak yang hilang 40 hari lalu di hutan Colombia telah ditemukan hidup," katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!