Kembara Tang Jie-Ee Wei tersekat separuh akhir
HASRAT pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara lebih jauh dalam Terbuka Singapura 2023 tidak kesampaian pada Sabtu.
Tang Jie-Ee Wei yang berstatus ranking ke-20 dunia terpaksa akur kehebatan gandingan nombor tiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dalam aksi separuh akhir.
Biarpun begitu dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura itu, Tang Jie-Ee Wei tidak memberi laluan mudah kepada pasangan dari Jepun sebelum tewas set pertama 17-21.
Set kedua Tang Jie-Ee Wei memperkemaskan kembali permainan mula menyaingi lawan apabila kedua-dua sering bertukar mata sebelum pasangan negara itu tewas 22-24 dalam masa 39 minit.
Terdahulu, Tang Jie-Ee Wei bangkit kekalahan set kedua untuk menyingkirkan gandingan dari Hong Kong, Reginald Lee-Ng Tsz Yau 21-14, 16-21, 21-18 dalam masa 58 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!