Sembilan terbunuh dalam serangan hotel di Somalia

Ambulans membawa mangsa dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam. - Foto EPA
Ambulans membawa mangsa dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam. - Foto EPA
A
A
A

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di sebuah hotel di Mogadishu, pada Jumaat malam.

Polis memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pasukan keselamatan menamatkan pengepungan yang berlanjutan selama tujuh jam di Pearl Beach Hotel selepas menembak mati tujuh anggota al-Shabaab yang terlibat dalam serangan itu, lapor Xinhua.

Polis turut mendedahkan bahawa enam orang awam dan tiga pegawai keselamatan turut terkorban dalam insiden yang bermula sekitar 7.55 malam waktu tempatan.

Polis memaklumkan bahawa 84 orang termasuk kanak-kanak, wanita, dan orang tua yang terperangkap di dalam hotel berjaya diselamatkan pasukan keselamatan.

Saksi berkata, dua penggebom bunuh diri bertindak meletupkan diri mereka di pintu masuk hotel ketika beratus-ratus tetamu berkumpul.

Lido Beach adalah tempat yang popular dengan hotel-hotel pantai dan restoran.

Pemimpin al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan terkini di Mogadishu. - Bernama/ Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!