MB, UMNO Pahang didesak mohon maaf

Ahmad Azlan
Ahmad Azlan
A
A
A

KUANTAN - Dewan Pemuda Pas Pahang mengecam tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan UMNO Pahang mengenai tindakan yang didakwa memfitnah parti Islam itu serta wakil rakyat Pas seperti yang tular di media sosial.

Ketua Penerangannya, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, pihaknya mendesak kedua-dua pihak membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kita desak Wan Rosdy dan UMNO Pahang membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kita dukacita atas tindakan Wan Rosdy dan UMNO Pahang yang tidak matang dalam berpolitik," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Azlan menegaskan bahawa Pas sentiasa mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera.

Beliau juga mengajak semua pihak agar berpolitik secara matang dalam menunjukkan satu tauladan yang baik kepada rakyat khususnya anak muda Pahang.

Baru-baru ini, satu video dipercayai memaparkan Wan Rosdy dalam sesi townhall menuduh ADUN Pas telah menggunakan peruntukan yang diterima untuk Melaka dan Johor.

Mengulas lanjut, Ahmad Azlan berkata, ia merupakan satu tuduhan fitnah yang dilemparkan untuk mewujudkan satu persepsi buruk terhadap ADUN Pas negeri itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!