KTM Komuter sedia tren tambahan sempena Ramadan

Jadual waktu dan penambahan perkhidmatan KTM Komuter sempena bulan Ramadan dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019.
Jadual waktu dan penambahan perkhidmatan KTM Komuter sempena bulan Ramadan dari 6 Mei hingga 4 Jun 2019.
A
A
A

KUALA LUMPUR - KTM Komuter menyediakan tren tambahan sempena Ramadan bagi laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim bermula 6 Mei hingga 4 Jun depan.

Penambahan itu dibuat bagi memenuhi permintaan tinggi daripada penumpang serta perubahan waktu bekerja sempena Ramadan khususnya melibakan sektor awam dan swasta.

Memetik Utusan Online, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyatan memaklumkan, dua tambahan perjalanan pada waktu puncak akan dibuat bagi laluan dari KL Sentral ke Tanjung Malim.

“Masing-masing satu perjalanan pada jam 4.26 dan 4.41 petang.

“Ini menjadikan keseluruhan lima perkhidmatan komuter berbanding tiga waktu perjalanan sedia ada pada jam 5.42 petang, 6.24 petang dan 7.31 malam bagi sektor itu,” menurut kenyataan itu.

Tambah KTMB, komuter tambahan dari Tanjung Malim ke Kepong akan dilanjutkan ke Pelabuhan Klang, menggunakan tren KTM Komuter 2327 dan 2329 serta perjalanan sebaliknya dengan KTM Komuter 2322.

“Jadual waktu terperinci perkhidmatan KTM Komuter sempena Ramadan boleh dimuat turun dari laman web rasmi KTMB Berhad di www.ktmb.com.my atau laman sosial Facebook KTMB Berhad, @ktm-berhad (twitter) dan ktmbofficial (instagram) atau menghubungi pusat panggilan KTMB yang beroperasi 24 jam di talian 03 22671200,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!