Rekonsiliasi politik UMNO, DAP bukan perbalahan - Penganalisis

Proses rekonsiliasi politik antara UMNO dan DAP dilihat bukan perbalahan kerana kedua-dua pihak sedang menyesuaikan diri bagi mencapai kesepakatan untuk membina kerajaan pimpinan yang lebih kuat. (Gamabr kecil: Noor Nirwandy)
Proses rekonsiliasi politik antara UMNO dan DAP dilihat bukan perbalahan kerana kedua-dua pihak sedang menyesuaikan diri bagi mencapai kesepakatan untuk membina kerajaan pimpinan yang lebih kuat. (Gamabr kecil: Noor Nirwandy)
A
A
A

SHAH ALAM - Proses rekonsiliasi politik antara UMNO dan DAP dilihat bukan perbalahan kerana kedua-dua pihak sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran gabungan masing-masing bagi mencapai kesepakatan untuk membina kerajaan pimpinan yang lebih kuat.

Penganalisis Keselamatan dan Politik, Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, proses rekonsiliasi atau pendamaian antara dua parti itu merupakan perkara biasa dalam mana-mana pentadbiran negara.

“Pada asasnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 dilihat menimbulkan proses perdamaian aman dan diharapkan persefahaman itu dapat dijalankan dengan lebih baik demi kestabilan politik negara.

“Perkara paling utama dalam memastikan politik gabungan ini berjaya perlu mendukung tiga prinsip iaitu, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan juga Dasar Keselamatan Negara yang telah digariskan,” ujarnya kepada Sinar Ahad.

Pada 6 Jun lalu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa DAP membuat permohonan maaf atas segala tohmahan yang pernah dilemparkan kepada parti tersebut sepanjang mereka bermusuh.

Nirwandy berkata lagi, selagi kesemua gabungan parti politik tidak menyentuh isu sensitif mana-mana kaum dan mendukung Perlembagaan Persekutuan sebagai asas pentadbiran ia akan mewujudkan keharmonian negara.

Menurut beliau, tidak mustahil jika pendekatan bipartisan boleh dilakukan memandangkan negara sedang menuju ke arah itu apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

“Masing-masing perlu memahami peranan parti politik masing-masing dan bukan berbalah sahaja, demi menjamin keselamatan negara serta memastikan keharmonian politik dibina atas asas yang betul,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!