Ular bermata tiga ditemui di lebuh raya Australia
CANBERRA - AUSTRALIA. Pihak berkuasa hidupan liar berkongsi gambar ular bermata tiga yang ditemui di lebuh raya di utara Australia.
Perkhidmatan Hidupan Liar Taman Wilayah Utara menyifatkan penemuan itu sebagai 'unik'.
Ular digelar Monty Python itu bagaimanapun mati beberapa minggu selepas ia dijumpai oleh renjer berhampiran bandar Humpty Doo terletak 40 kilometer di tenggara Darwin pada Mac lalu.
Reptilia sepanjang 40 sentimeter itu juga mengalami kesukaran untuk makan akibat kecacatannya itu.
"Terdapat pelbagai jenis mutasi. Saya tidak pernah melihat ular bermata tiga, namun kami mempunyai ular tedung berkepala dua di makmal kami dan mutasi seperti itu adalah sama seperti kembar siam.
"Mata ketiga itu mungkin ada kaitan dengan 'kembar' ular tersebut," kata Prof Fry di University of Queensland. - BBC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!