MOF jemput orang awam beri input kembangkan ekonomi negara

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Orang awam dijemput untuk memberi pandangan dan input berhubung langkah bagi mengembangkan ekonomi negara.

Pada masa sama, ia memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk landskap ekonomi Malaysia.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan pada Isnin berkata, pandangan dikongsi akan menjadi panduan penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024.

"Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial melalui saluran maklum balas dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di www.mof.gov.my," kata kementerian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!