Asraruddin mahu dalami ilmu agama, cari ketenangan
12 Jun 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 12 JUN 2023
Asraruddin Putra Omar pemain bola sepak yang pernah menyarung jersi kebangsaan, Selangor dan JDT kini berhijrah ke Makkah untuk memenuhi impiannya menetap di Tanah Suci, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.
Perpindahan ke bumi penuh barokah dibuat atas kehendak diri sendiri yang mahu mendalami ilmu agama dan mencari ketenangan hidup.
Semasa pertemuan di tempat tinggalnya di Bukit Ajyad, sebuah perkampungan Melayu yang jaraknya kira-kira 3 kilometer dari Masjidil Haram, Asraruddin banyak berkongsi kisahnya yang tidak banyak diketahui umum.
Menyingkap rekod kariernya, Asraruddin pernah membantu Malaysia menjulang Piala AFF 2010 serta pingat emas Sukan SEA 2009 ketika di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal dan telah mengumpul 25 kaps bersama Harimau Malaya.
Artikel: https://go.sinar.la/3WX4olz
Muzik: Elevate dari www.bensound.com