Jejambat di lebuh raya runtuh selepas lori terbakar
NEW YORK - Sebahagian daripada jejambat di lebuh raya yang sibuk di Philadelphia di Pennsylvania, Amerika Syarikat roboh selepas sebuah lori tangki yang membawa petrol terbakar di bawah jejambat itu, lapor Xinhua pada Isnin.
Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mana-mana individu yang mungkin telah terperangkap dalam kejadian itu.
Beliau berkata, bahagian utara lebuh raya itu runtuh sepenuhnya, manakala lorong arah selatan tidak selamat untuk digunakan dan akan mengambil masa beberapa bulan untuk baik pulih.
Lalu lintas di kedua-dua arah lebuh raya itu ditutup. Klip video menunjukkan kenderaan kecemasan berkumpul di sekitar jejantas yang runtuh itu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata pihaknya akan menghantar pasukan untuk menyiasat punca kejadian itu. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!