Al-Hilal intai kelibat Neymar

Neymar - Foto Agensi
Neymar - Foto Agensi
A
A
A

SELEPAS gagal mendapatkan khidmat bintang sensasi, Lionel Messi, kelab Arab Saudi, Al-Hilal mengalih 'teropong' mengintai penyerang berbisa, Paris Saint Germain (PSG), Neymar menjelang jendela perpindahan musim panas ini.

Penyerang yang menyertai PSG dengan perpindahan rekod dunia RM1.1 bilion pada 2017 itu dijangka meninggalkan juara Ligue 1 tersebut.

Neymar bakal menjadi pemain terbaharu meninggalkan PSG selepas Sergio Ramos dan Messi, lapor CBS Sports.

Laporan itu turut menyebut wakil Al Hilal telah 'terbang' ke Paris untuk mengadakan perbincangan dengan Neymar.

Gergasi Arab Saudi tersebut sebelum ini mahu mendapatkan khidmat Messi, namun kapten Argentina itu memilih untuk berkelana ke Amerika Syarikat.

Senario itu mendorong Al Hilal mengalihkan tumpuan kepada Neymar dan bersedia menawarkan pendapatan yang lebih lumayan.

Pendapatan pemain berusia 31 tahun itu dijangka menyamai gaji Cristiano Ronaldo sebanyak RM992 juta setahun seperti yang ditawarkan Al Nassr.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!