Perjanjian sempadan maritim: PM harap Muhyiddin hadir ke Parlimen

Anwar (kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Bangunan Perdana Putra, pada Isnin. Turut sama, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. - Foto Bernama
Anwar (kiri) ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di Bangunan Perdana Putra, pada Isnin. Turut sama, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Parlimen esok bagi mendengar penjelasannya mengenai perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia.

Menurutnya, penjelasan akan dibuat pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ).

"Saya akan jawab dan biar dia (Muhyiddin) ada di situ untuk hujah," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) di bangunan Perdana Putra, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Muhyiddin agar Anwar memberi penjelasan mengenai perjanjian tersebut.

Dakwanya, Anwar tidak mengendahkan nasihat pakar maritim agar tidak menandatangani perjanjian tersebut.

Persempadanan Laut Selat Melaka dan Perjanjian Persempadanan Sulawesi merupakan dua daripada enam instrumen dua hala Malaysia Indonesia dimeterai Khamis lalu sempena lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!