Sayangnya 6 bulan kosong - Ahmad Fadhli
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari seolah-olah kecewa dengan tadbir urus 'tatakelola' kerajaan kerana mengambil masa yang agak lama untuk melantik Ketua Audit Negara.
Beliau menerusi laman Facebooknya berkata, jawatan itu dikosongkan sejak enam bulan lalu.
"Alhamdulillah akhirnya dilantik jua. Baguslah, cuma sayangnya 6 bulan kosong tanpa penjawat.
"Setelah didedah di parlimen dan ditekan oleh Kira-Kira Wang Negara (PAC), barulah ada lantikan. Itulah tatakelola.
Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa esok.
Perkara tersebut diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Mohd Zuki berkata, pelantikan itu selaras dengan Perkara 105 (1) Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!