Arak dipercayai tiruan bernilai RM500,000 dirampas

Beberapa peralatan dan cecair dipercayai digunakan untuk memperoses minuman tiruan secara haram turut yang dirampas.
Beberapa peralatan dan cecair dipercayai digunakan untuk memperoses minuman tiruan secara haram turut yang dirampas.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Polis Melaka merampas 4,366 botol minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai tiruan dan tidak bercukai dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui jalan tidak sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, ia hasil empat serbuan yang dilakukan kelmarin di Krubong dan Cheng di sini.

"Serbuan dibuat ke atas empat buah rumah masing-masing satu di Taman Sri Krubong dan Taman Cheng Perdana, manakala dua lagi di Taman Teknologi Cheng.

"Semua arak yang dirampas bernilai RM500,000. Bagaimanapun, kita belum dapat sahkan sama ada arak-arak rampasan ini beracun atau sebaliknya," kata Mohd Nor Yhazid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jenama arak yang dirampas termasuk Mc Dowells, Louis Martin, Lychee, Seven Seas, Wlikueur Master Blend, A Class Whisky, Kapak, Thai Bull, Jameson, Johnnie Walker Gold Label Reserve, Macallan Fine Oak, Royal Club 99, Whale Point, Yallel, Noblesse, Bennington WK, Dewarts White Label dan Jack Daniels "7".

Sebahagian hasil rampasan yang diperolehi dalam empat serbuan pada 30 April lalu di sekitar Krubong dan Cheng, di sini.
Sebahagian hasil rampasan yang diperolehi dalam empat serbuan pada 30 April lalu di sekitar Krubong dan Cheng, di sini.

"Kita turut merampas sebuah lori jenis Mitshubishi Canter, tiga kereta masing-masing Honda CRV, Mercedez Benz dan Naza Suria serta satu pacuan empat roda Mitshubishi Triton.

"Sejumlah duti setem kastam disyaki palsu dan beberapa peralatan dan cecair dipercayai digunakan untuk memproses minuman tiruan secara haram turut dirampas dan nilai keseluruhan rampasan menjangkau RM1.5 juta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Nor Yhazid berkata, polis turut menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 24 hingga 38 tahun selain dua lelaki warga Myanmar berusia 22 dan 39 tahun.

"Dua suspek direman dua hari manakala lima lagi direman tiga hari mulai semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tanpa kelulusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!