Saintis UKM kaji rangka manusia prasejarah 14,000 tahun

Sekumpulan saintis dari Fakulti Perubatan UKM menggunakan alat pengimejan moden untuk mengkaji rangka manusia prasejarah yang hidup antara 14,000 tahun lampau.
Sekumpulan saintis dari Fakulti Perubatan UKM menggunakan alat pengimejan moden untuk mengkaji rangka manusia prasejarah yang hidup antara 14,000 tahun lampau.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekumpulan saintis dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menggunakan alat pengimejan moden untuk mengkaji rangka manusia prasejarah yang hidup antara 14,000 tahun lampau.

Kajian tersebut dilakukan ke atas rangka lengkap yang ditemui semasa proses ekskavasi arkeologi di Gua Keledung Kecil, Gua Musang, Hulu Kelantan pada Januari lalu yang diketuai Profesor Madya Dr Zuliskandar Ramli dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma).

Ia bagi menentukan status kesihatan rangka manusia prasejarah diketuai pakar Farmakologi dari Jabatan Farmakologi Fakulti Perubatan UKM, Profesor Dr Ima Nirwana Soelaiman melalui dua cara iaitu pengukuran ketumpatan tulang dan imbasan struktur dalaman yang mengambil masa selama empat bulan.

“Data yang diperolehi berkenaan proses pengukuran ketumpatan tulang menggunakan alat radas Dual-Energy X-ray Absorptiometeri dibandingkan dengan rangka manusia moden melalui kaedah sama.

“Struktur dalaman tulang pula diukur menggunakan alat radas Micro-Computed Tomogram dan hasil imbasan dibina semula menjadi imej 3-dimensi serta pengukuran secara kuantitatif dengan penggunaan perisian khusus,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kajian peninggalan tulang manusia prasejarah itu adalah yang pertama di Malaysia dalam menganalisis tulang prasejarah menggunakan alat radas pengimejan moden dengan teknik yang lebih saintifik dan spesifik bagi memastikan penerimaan pakar antarabangsa terhadap penemuan tersebut.

Kajian peninggalan tulang manusia prasejarah itu adalah yang pertama di Malaysia dalam menganalisis tulang prasejarah menggunakan alat radas pengimejan moden.
Kajian peninggalan tulang manusia prasejarah itu adalah yang pertama di Malaysia dalam menganalisis tulang prasejarah menggunakan alat radas pengimejan moden.

Dr Ima berkata, kedua-dua kaedah itu tidak memerlukan tulang dipotong atau dihancurkan sebaliknya memelihara keutuhan rangka kerana ia amat berharga, sukar dijumpai dan mengandungi pelbagai maklumat yang bakal dikaji para penyelidik lain di masa hadapan.

Tambahnya lagi, kajian itu merupakan kolaborasi unik antara penyelidik bidang sains sosial (arkeologi) dan sains kesihatan (perubatan dan pergigian) sejajar dengan pendekatan holistik terhadap penyelidikan ke atas manusia, sama ada moden atau prasejarah.

Penyelidik lain yang terlibat ialah pakar Anatomi, Profesor Madya Dr Elvy Suhana Mohd Ramli, pakar Farmakologi, Profesor Madya Dr Chin Kok Yong, Profesor Dr Ima Nirwana Soelaiman dan Dr Wong Sok Kuan serta pakar Odontologi Forensik, Dr Nur Atika Md Ashar.

“Hasil kajian ini akan memperkayakan pengetahuan dan pemahaman masyarakat mengenai gaya hidup serta taraf kesihatan manusia prasejarah biar pun agak terhad.” ujar beliau.

Penemuan tersebut bakal diguna pakai untuk membina satu pengkalan data khusus mengenai ciri biologi tulang manusia prasejarah serta turut menjadi rujukan para pengkaji dalam membuat perbandingan ciri manusia purba dan moden dari kawasan lain di seluruh dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!