My Roro Tiga alternatif pengangkutan air ke Langkawi

My Roro Tiga semakin menjadi pilihan penduduk ataupun pengunjung yang mahu ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah.
My Roro Tiga semakin menjadi pilihan penduduk ataupun pengunjung yang mahu ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Perkhidmatan Roro yang pertama kali beroperasi di Kuala Kedah menjadi alternatif pengangkutan air kepada pengunjung yang mahu ke pulau Langkawi selain menggunakan perkhidmatan di Terminal Feri Penumpang Kuala Kedah.

Eksekutif Pemasaran dan Jualan Langkawi Kedah Roro Management Sdn Bhd, Ismail Zain berkata, pengangkutan air tersebut telah beroperasi sejak 23 April lalu dan turut menjadi pilihan orang ramai yang mahu ke Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23) pada Mei lalu.

Menurutnya, perkhidmatan My Roro Tiga tersebut mampu memuatkan kapasiti sehingga 65 kenderaan selain bas atau kenderaan berat termasuk 220 penumpang pada satu masa.

"Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan Roro ini yang bergerak satu trip sehari dari Kuala Kedah pergi dan balik setiap hari mengikut jadual yang ditetapkan dan berlabuh di pelabuhan Tanjung Lembong, Langkawi.

"Selain kenderaan, penumpang feri boleh menaiki perkhidmatan Roro ini dengan harga tambang yang sama dengan harga tambang feri penumpang di Terminal Feri Kuala Kedah," katanya semasa ditemui di Terminal Roro Kuala Kedah, dekat sini pada Selasa.

Ismail Zain
Ismail Zain

Ismail berkata lagi, syarikat berkenaan bercadang untuk menambah lima buah Roro yang akan beroperasi dari Kuala Kedah ke Langkawi dalam tempoh setahun ini.

Menurutnya, dua buah Roro akan beroperasi dalam tempoh sebulan dari sekarang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

"Roro ini turut dilengkapi kemudahan surau dan kiosk makanan serta pemandangan luar untuk orang ramai merakam gambar.

"Walaupun pelayaran perkhidmatan My Roro Tiga ini mengambil masa tiga jam dari Kuala Kedah dan Langkawi namun orang ramai akan berpuas hati dengan perkhidmatan ini," ujar beliau.

Ismail (kanan) menunjukkan keadaan tempat duduk My Roro Tiga yang boleh memuatkan sehingga 220 penumpang di Kuala Kedah pada Selasa.
Ismail (kanan) menunjukkan keadaan tempat duduk My Roro Tiga yang boleh memuatkan sehingga 220 penumpang di Kuala Kedah pada Selasa.

Menurutnya, My Roro Tiga boleh menghampiri pelabuhan atau terminal pada kedalaman 1.5 meter hingga 1.7 meter berbanding perkhidmatan feri yang biasa.

"Orang ramai yang mahu mendapatkan perkhidmatan Roro ini boleh membuat tempahan di talian 04-7622515 dan 04-9661918 atau 012-4284005," kata Ismail.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!