Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lelaki mengamuk tak dipanggil 'baby' didenda RM300

A
A
A

BERITA SEMASA 13 JUN 2023

Padah membaling minuman panas pada seorang kanak-kanak berusia empat tahun selepas berang tidak dipanggil abang atau 'baby', seorang gelandangan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam kerana melakukan kemudaratan awam, awal bulan ini, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Mohd Asri Abdullah dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Bagaimanapun dia dijel tujuh hari di Penjara Satelit Branang selepas gagal membayar denda tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263154/berita/semasa/lelaki-mengamuk-tak-dipanggil-baby-didenda-rm300

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian