Organ pelakon Korea Selatan Park Soo-Ryun diderma
PELAKON siri Snowdrop, Park Soo-Ryun mengejutkan dunia hiburan Korea Selatan dan peminat apabila dilaporkan meninggal dunia pada 11 Jun lalu.
Soo-Ryun meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas terjatuh daripada tangga di rumahnya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak keluarga, Soo-Ryun sempat koma setelah insiden tidak terduga itu sebelum disahkan meninggal dunia.
Keluarga pelakon tersebut turut menyatakan akan mendermakan organ yang masih baik kepada mereka yang memerlukan.
“Hanya otak dia yang mati tetapi jantungnya masih berdetak. Pasti ada seseorang yang memerlukan organ tersebut.
“Dan sebagai ibu bapa, kami boleh hidup dengan tenang selepas mengetahui organ atau jantungnya masih berfungsi dan diberikan seseorang yang memerlukan,” kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan AllKPop.
Majlis pengebumian Soo-Ryun akan diadakan di Hospital Suwon di Korea.
Park Soo-Ryun pertama kali muncul sebagai pelakon menerusi karya muzikal Il Tenore di 2018 dan beberapa naskhah lainnya seperti Finding Kim Jong-wook, Siddhartha dan The Day We Loved. - Gempak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!