Pas jangan burukkan mana-mana negeri - Syed Saddiq

Ciapan Syed Saddiq di Twitter pada Selasa.
Ciapan Syed Saddiq di Twitter pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Pas supaya tidak memburukkan mana-mana negeri hanya kerana mahu memainkan naratif politik yang tidak berpendidikan.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, teguran Pas bahawa Pulau Pinang perlu belajar daripada sejarah Palestin kerana mendakwa sedikit demi sedikit kawasan majoriti Islam di negeri itu lenyap ditelan pembangunan adalah jauh menyimpang daripada situasi sebenar.

"Pulau Pinang lah sebenarnya negeri yang kita patut contohi. Kenapa? Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) adalah 6.8 peratus yang menjadi antara lima negeri tertinggi kadar pertumbuhannya dengan purata gaji pula RM3,080.

"Pulau Pinang juga antara negeri yang paling rendah kadar kemiskinan dan merekodkan RM76 billion pelaburan dalam sektor pembuatan serta menghasilkan 12,000 peluang pekerjaan," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Malah, Syed Saddiq menegaskan, rakyat Kedah, Kelantan dan Terengganu pun menikmati peluang pekerjaan tersebut.

"Pulau Pinang juga negeri yang pentingkan kelestarian. Georgetown dapat anugerah bandar pelancongan bersih peringkat ASEAN.

"Kadar kitar semula tertinggi sampai 51 peratus dan mencatat rekod air paling bersih dan selamat di Malaysia," ujarnya.

Katanya, Pulau Pinang juga menjadi antara negeri yang paling berjaya dari segi ekonomi di negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!