Tiada kompromi jika gagal carum Perkeso

G. Saminathan (kanan) dan Fadhilah (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan dalam Op Kesan hari ini.
G. Saminathan (kanan) dan Fadhilah (dua dari kanan) melakukan pemeriksaan dalam Op Kesan hari ini.
A
A
A

MELAKA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak berkompromi dengan majikan yang gagal mendaftar serta membuat caruman untuk pekerja mereka termasuk warga asing di negeri ini.

Pengarah Perkeso negeri, Fadhilah Hamil berkata, pihaknya sudah memberi penerangan dalam pelbagai cara berhubung perkara itu malah sudah memberi peluang kepada majikan sepanjang Mac lalu untuk mendaftar dan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang.

“Masih ramai lagi pemilik perusahaan beri alasan tidak daftarkan caruman kepada pekerja yang digajikan kerana kononnya mereka hanyalah kakitangan sambilan dan kontrak.

“Perkara ini tidak boleh dijadikan alasan kerana bahaya ada di mana-mana," katanya kepada pemberita selepas menyertai serbuan Op Kesan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini hari ini.

G. Saminathan dan Fadhilah menyertai serbuan Op Kesan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Melaka hari ini.
G. Saminathan dan Fadhilah menyertai serbuan Op Kesan Bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Melaka hari ini.

Dalam operasi yang diketuai Exco Perpaduan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, G Saminathan itu turut melakukan pemeriksaan Op Sekolah melibatkan caruman pekerja yang diambil untuk membantu pengurusan sampingan seperti pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Perkeso telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM13,500 terhadap 18 perusahaan dan seramai 40 penguatkuasa Perkeso dan lapan dari KWSP terlibat melakukan pemeriksaan secara berasingan mengikut kawasan sasaran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!