Persediaan operasi Masyair berada tahap 60 peratus
14 Jun 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Persediaan operasi Masyair berada tahap 60 peratus
BERITA SEMASA 14 JUN 2023
Tahap kesediaan operasi Masyair dari segi khemah penginapan, bekalan elektrik, bilik air dan lain-lain kemudahan berada pada tahap 60 peratus, lapor wartawan Sinar Harian, Badruldin Zakaria.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua kemudahan itu akan siap sepenuhnya sebelum jemaah haji memasuki Arafah pada 8 Zulhijjah.
Operasi Masyair adalah kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi tempoh lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.
Muzik: BenSound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian