Tukang urut tak mengaku salah lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
14 Jun 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 14 JUN 2023
Seorang tukang urut tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pada Rabu atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis tanpa kebenaran, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian,Norafidah Assan.
Tertuduh, Nor Muhamad Ahmad membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Saiful Sayoti.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati melakukan perhubungan seks dengan cara memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang gadis berusia 21 tahun tanpa kebenaran.
Perbuatan itu dilakukan pada 30 Mei lalu jam lebih kurang 10.30 malam bertempat di ruang tamu dalam rumah di Kuala Klawang, Jelebu.
Muzik: Elevate/ bensound.com