Calon PRN: Pas tunggu 'lampu hijau' Majlis Syura

Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Pusat sudah meluluskan senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN), namun masih menunggu 'lampu hijau' daripada Majlis Syura.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah, senarai tersebut perlu dimuktamadkan dan akan ditapis oleh Majlis Syura.

"Jadi kita hanya angkat dahulu calon," katanya semasa sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu pada PRN ini Pas Kelantan akan bertanding di 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di enam kerusi yang dimenangi oleh UMNO.

Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan memberitahu, pihaknya meminta pertambahan dua kerusi di kawasan kubu kuat UMNO.

"Bersatu sudah bersetuju dengan cadangan kita, cuma belum memutuskan lagi kerusi mana.

"Kita dengan Bersatu hanya bincang dari segi pembahagian kerusi, manakala dari segi pemilihan calon terserah pada parti masing-masing.

"Bersatu pilih sendiri, Pas pilih sendiri. Kita tidak campur urusan pemilihan," katanya.

Tambah beliau, sudah pasti ia adalah calon yang boleh menang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!