Zii Jia balik awal lagi
NASIB malang terus menyelubungi pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila terpaksa pulang awal dalam kejohanan badminton Terbuka Indonesia pada Rabu.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, juara Asia itu terpaksa akur setelah kalah di tangan pemain India, Lakshya Sen 17-21, 13-21.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pemain dari Alor Setar, Kedah itu ketika ranking dunianya jatuh ke tangga ke-11 setelah tewas di pusingan awal kejohanan.
Sebelum ini, pemain berusia 26 tahun itu tersingkir pada pusingan kedua Masters Malaysia dan pusingan pertama Terbuka Singapura, minggu lalu.
Ia juga adalah kekalahan ketiga Zii Jia di tangan Lakshya daripada empat pertemuan mereka sebelum ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!