Sivakumar hadiri Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva

Sivakumar (depan, kiri) kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (International Labour Conference-ILC) Sesi Ke-111 bermula pada
12 hingga 15 Jun ini.
Sivakumar (depan, kiri) kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (International Labour Conference-ILC) Sesi Ke-111 bermula pada 12 hingga 15 Jun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar kini berada di Geneva, Switzerland untuk menghadiri Persidangan Buruh Antarabangsa (International Labour Conference-ILC) Sesi Ke-111 bermula pada 12 hingga 15 Jun ini.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan berkata, Sivakumar telah menerangkan beberapa inisiatif negara dalam memberikan perlindungan yang adil kepada golongan pekerja semasa menyampaikan ucapan di Sidang Pleno, pada Isnin lepas.

"Inisiatif berkenaan antara lain termasuk pindaan Akta Kerja 1955, pindaan kepada Akta 446, peluasan liputan perlindungan sosial kepada pekerja asing melalui Skim Bencana Kerja.

"Tambahan pula, Malaysia bercadang untuk menyertai proses Alliance 8.7 sebagai negara Pathfinder," katanya.

Menurut kenyataan berkenaan, Sivakumar juga menekankan kepentingan dasar negara ke arah 'Just Transtion' iaitu peralihan adil kepada pekerja dalam mengalami perubahan iklim dan ekonomi hijau.

Sementara itu, Sivakumar turut menghadiri ASEAN Labour Ministers Breakfast Meeting iaitu mesyuarat sampingan sempena ILC ke-111 di hotel Beau-Rivage Geneva pada Selasa lepas.

Tambah kenyataan tersebut, mesyuarat berkenaan dihoskan oleh Indonesia selaku pengerusi ASEAN pada tahun ini selain dihadiri oleh Ketua Pengarah ILO, Gilbert Huongbo.

"Menteri-menteri negara ASEAN telah bertukar-tukar pandangan mengenai keadilan, Just Transition dan perlindungan pekerja migran serta penyediaan peluang pekerjaan," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!