'Apa masalahnya? Hubungi saja Putin' - Presiden Belarus

Lukashenko (kiri) berkata, jika berlaku perang, beliau boleh menghubungi Putin (kanan) pada bila-bila masa. - Foto AP
Lukashenko (kiri) berkata, jika berlaku perang, beliau boleh menghubungi Putin (kanan) pada bila-bila masa. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Presiden Belarus, Alexander Lukashenko mengancam untuk menggunakan senjata nuklear, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jika berlaku perang, beliau boleh menghubungi Presiden Rusia Vladimir Putin pada bila-bila masa, kata Lukashenko di televisyen Rusia pada Selasa.

"Apa masalahnya, menyelaraskan 'serangan' seperti itu? Ia bukan persoalan sama sekali," tegas Lukashenko.

Putin mengumumkan pada bulan Mac bahawa senjata nuklear Rusia akan ditempatkan di Belarus. Bagaimanapun, ia akan kekal di bawah kawalan Rusia, ketua Kremlin itu memberi jaminan.

Senjata nuklear diperlukan untuk melindungi Belarus daripada diserang, kata Lukashenko, sambil mendakwa bahawa Barat telah berusaha selama bertahun-tahun untuk memecah belah negaranya.

Beliau berkata dengan memiliki senjata nuklear, Belarus tidak lagi berdepan serangan.

"Bom itu tiga kali lebih kuat daripada bom di Hiroshima dan Nagasaki," kata pemimpin berusia 68 tahun merujuk kepada dua bom atom yang digugurkan oleh AS ke atas Jepun pada 1945. Letupan itu membunuh lebih 100,000 orang.

"Kira-kira sejuta orang mati serta-merta. Tuhan melarang kami menggunakan senjata ini," tambah Lukashenko, yang memerintah Minsk sejak 1994. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!