Pawi hadiahkan gol Harimau Malaya buat isteri

Pawi meraikan jaringan dengan memasukkan bola ke dalam jersinya simbolik kepada isterinya yang sedang hamil hampir enam bulan. - Foto Facebook FAM
Pawi meraikan jaringan dengan memasukkan bola ke dalam jersinya simbolik kepada isterinya yang sedang hamil hampir enam bulan. - Foto Facebook FAM
A
A
A

PEMAIN skuad bola sepak negara, Safawi Rasid menyifatkan gol ketiga Harimau Malaya ketika perlawanan persahabatan menentang Kepulauan Solomon merupakan hadiah buat isterinya, Syifa Melvin yang sedang hamil anak sulung.

Tanpa berselindung, bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) tersebut mengakui itu adalah sebab utama dia meraikan jaringan dengan memasukkan bola ke dalam jersi dalam perlawanan berkenaan.

"Gol tadi (semalam) saya hadiahkan buat isteri saya yang sedang mengandung hampir enam bulan.

"Saya harap semua doakan kami suami isteri selamat," kata tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) itu selepas perlawanan persahabatan menentang Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Rabu.

Sebagai rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu.

Dalam aksi di Kuala Nerus itu, skuad kendalian Kim Pan-gon mudah membenam cabaran Kepulauan Solomon, 4–1.

Bagaimanapun Harimau Malaya dikejutkan jaringan awal Kepulauan Solomon menerusi Raphael Lea'i seawal minit ke-11.

Anak buah Pan-gon kembali menyamakan kedudukan hasil jaringan Paulo Josue minit ke-40 sebelum Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti minit ke-47 untuk Harimau Malaya memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Safawi yang masuk sebagai pemain gantian membalas kepercayaan Pan-gon apabila dia tidak melepaskan peluang menambah jaringan ketiga pada minit ke-77, sebelum Lee Tuck melengkapkan kemenangan Harimau Malaya dengan gol keempat pada minit 91.

ARTIKEL BERKAITAN: Media antarabangsa cadangkan gol Safawi ke Anugerah Puskas

Harimau Malaya bangkit benam Kepulauan Solomon

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!