JPA lanjut tajaan pelajar perubatan, pergigian, farmasi

Kerajaan akan meneruskan program penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. - Gambar hiasan
Kerajaan akan meneruskan program penajaan JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan melanjutkan program penajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

JPA dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, penajaan bagi bidang tersebut dalam tahun 2023 boleh dimohon mengikut tempoh penawaran yang telah ditetapkan.

“Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama boleh memohon bermula dari 3 hingga 7 Julai.

“Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2022 akan dilanjutkan sehingga 23 Jun,” jelas kenyataan itu.

Pada 11 Jun, Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa tajaan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di bawah JPA akan diteruskan.

Kata Ahli Parlimen Tambun itu, keputusan tersebut dibuat berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor tersebut dalam negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!