Gempa bumi kuat di Mindoro, Filipina
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindoro, Filipina pada jam 10.19 pagi Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 45 kilometer (km) barat dari Batangas City, Filipina dengan kedalaman 121km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!