Wujud naungan politik lindungi judi dalam talian
15 Jun 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 15 JUN 2023
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat 'naungan politik' yang melindungi pengendali-pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.
Justeru beliau menjelaskan, hal demikian menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri dan PDRM dan kerajaan untuk membanteras kegiatan berkenaan dari terus berleluasa.
Menurut Datuk Seri Saifuddin pusingannya adalah 'players' dinaungi dan dia membalas (jasa) tuan politik. Tuan politik melindungi dia supaya tindakan tidak diambil. Contohnya, maklumat dibocorkan dan sebagainya.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa