Kementerian tak keluar arahan halang penceramah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan atau membuat ketetapan untuk menghalang mana-mana pendakwah memberi ceramah di televisyen dan radio.

Terdahulu, tular senarai 10 penceramah popular tempatan kononnya mereka tidak lagi digalakan untuk ke udara sama ada melalui televisyen dan radio mulai Januari 2019.

Antara penceramah itu ialah Datuk Mohd Kazim Elias (ustaz Kazim), Syamsul Amri Ismail (Syamsul Debat), ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, ustaz Abdullah Khairi, ustazah Norhafizah Musa, ustaz Azhar Idrus dan Zamihan Mat Zin.

Dua lagi ialah bekas peserta rancangan Pencetus Ummah (PU), Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau PU Amin dan Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang dikenali sebagai PU Syed

Memetik laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menterinya, Eddin Syazlee Shith berkata, senarai 10 pendakwah terkemuka tanah air yang tular kononnya mereka tidak digalakan berceramah itu bukan dikeluarkan oleh kementeriannya.

“Cubaan untuk menyekat mana-mana pendakwah tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

“Senarai itu mungkin dilakukan oleh pihak tertentu untuk mencemarkan imej kerajaan PH,” katanya.

Jelasnya, apa yang tular itu tidak benar kerana kerajaan PH mengamalkan sikap terbuka dan apa yang penting adalah nilai berita itu betul serta tidak menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Namun, jika ada yang bertentangan dan mengancam ketenteraman, barulah kementerian bertindak.

“Tetapi setakat ini secara rasmi tidak ada dan kita tidak membuat ketetapan siapa penceramah yang disekat dan dihalang daripada berceramah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!