Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Kalih bagi sama' - Mohamad

A
A
A

BERITA SEMASA 15 JUN 2023

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan usaha meningkatkan hasil padi di Kedah bagi mengurangkan kebergantungan pada beras import akan lebih mudah sekiranya pentadbiran kerajaan negeri itu sama dengan kerajaan Persekutuan.

Sambil memberi bayangan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan pada Ogos nanti, Mohamad menyarankan agar rakyat negeri Jelapang Padi itu untuk 'kalih (tukar) bagi sama'.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang bertanya sama ada kerajaan Pesekutuan akan menyokong kerajaan negeri untuk meningkatkan pengeluaran padi dengan menaikkan subsidi baja, racun dan benih selain meningkatkan harga.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263574/berita/nasional/kalih-bagi-sama---mohamad

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian