'Pencinta Islam, al-Quran tidak lepas di tangan'

Mohd Said (kiri) bersama Allahyarham Ahmad Fadzil ketika menunggang bersama sebelum ini. Foto: Facebook Mohd Said
Mohd Said (kiri) bersama Allahyarham Ahmad Fadzil ketika menunggang bersama sebelum ini. Foto: Facebook Mohd Said
A
A
A

AMPANG - 'Seorang pencinta Islam yang sentiasa meletakkan agama dalam hidupnya,' itu nukilan rakan kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 22.2 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) susur Hulu Klang di sini, pada Rabu.

Mohd Said Mohd Shariff mencoretkan kenangan bersama Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, menerusi hantaran di laman Facebook dengan menggambarkan arwah sebagai seorang yang taat kepada tuntutan agama.

"Arwah adalah pencinta sunnah dan sentiasa istiqamah dengan solat berjemaah, saf depan pasti miliknya dan sentiasa lekat di majlis ilmu.

Mohd Said (kanan) menyifatkan Allahyarham Ahmad Fadzil sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang permotoran. Foto: Facebook Mohd Said
Mohd Said (kanan) menyifatkan Allahyarham Ahmad Fadzil sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang permotoran. Foto: Facebook Mohd Said



"Seorang asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya kitab al-Quran setiap hari atau setiap pagi, ke mana sahaja seandainya kami menunggang bersama, dia akan pastikan sempat balik untuk berjemaah di masjid," luahnya pada Khamis.

Tidak dapat menyembunyikan perasaan sedih sebaik menerima berita kematian arwah, Mohd Said berkata, dirinya reda dengan pemergian Ahmad Fadzil.

"Perasaan sebak pilu sebaik saja menerima perkhabaran berkaitan pemergian arwah namun pasti ALLAH lebih menyayanginya, aturan ALLAH terbaik untuknya," katanya.

Mohd Said turut mengimbau kenangan bersama arwah menerusi pertemuan terakhir ketika Ramadan tahun lepas.

Mohd Said (kanan) bersama Allahyarham Ahmad Fadzil ketika menunggang bersama sebelum ini. Foto: Facebook Mohd Said
Mohd Said (kanan) bersama Allahyarham Ahmad Fadzil ketika menunggang bersama sebelum ini. Foto: Facebook Mohd Said



"Last perbualan kami..."Assalamualaikum...Brother u need to ride, we need to ride, its been a while kan...ok bang insyaALLAH on.

"Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadan, sempat catch up, berpelukan melepas rindu 'we plan to ride soon'. Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami," ujarnya.

"Arwah riding sekitar 2016-2017, banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekorinya dari belakang, tidak disangkal teknik penunggangannya amat baik dan boleh dikatakan dia seorang luar biasa bila mengendalikan jentera," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Polis teliti rakaman CCTV, kesan penunggang motosikal lawan arus

Netizen kecam penunggang motosikal lawan arus

Penunggang Ducati maut jatuh 'flyover' elak motosikal lawan arus

'Setidak-tidaknya suspek cari keluarga mohon maaf'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!