Powerman Malaysia tarik peserta antarabangsa tertinggi
POWERMAN Malaysia Duathlon 2023 menyaksikan penyertaan tertinggi atlet elit, amatur dan junior sekali gus mengekalkan statusnya acara duathlon terbesar dunia.
Acara selama dua hari di Putrajaya menampilkan 4,000 peserta daripada 30 negara termasuklah Singapura, Thailand, Jepun, Perancis, Kenya, Hong Kong, United Kingdom (UK) dan Filipina.
Laluan yang baharu direka sepanjang 80 kilometer (km) di Putrajaya menanti peserta yang jelas perlu berada pada tahap terbaik.
Pengenalan kategori Larian Elit Wanita selain larian Elit Lelaki turut menyemarakkan lagi acara terbabit yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM23,000.
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Fresh Events Asia Sdn Bhd, Jeffrey Ross berkata sambutan hangat diterima bagi edisi kali ini yang mana turut menampilkan penyertaan pelbagai demografik peserta.
"Penyertaan kali ini lebih menyeluruh membabitkan pelbagai lapisan usia, kerakyatan serta latar belakang peserta," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!