Remaja parah jatuh Air Terjun Gunung Ledang

Mangsa diberi bantuan awal oleh bomba dan rakan-rakannya selepas berjaya ditarik setelah hanyut sejauh 80meter dari Kolam Puteri, Gunung Ledang petang kelmarin.
Mangsa diberi bantuan awal oleh bomba dan rakan-rakannya selepas berjaya ditarik setelah hanyut sejauh 80meter dari Kolam Puteri, Gunung Ledang petang kelmarin.
A
A
A

TANGKAK- Seorang remaja cedera parah selepas terjatuh setinggi 4.5 meter ketika mandi bersama 11 rakannya di Air Terjun Gunung Ledang di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dilaporkan tergelincir ketika menyusuri laluan batu air terjun berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan laporan, pada jam 2.30 petang mangsa bersama tiga rakannya telah pergi ke lokasi larangan iaitu di Kolam Puteri di Gunung Ledang.

“Mangsa telah mendaki batu-bata di air terjun itu namun tergelincir sebelum salah seorang rakannya memegang sebelah kaki namun terlepas. Ekoran itu, mangsa jatuh ke Kolam Puteri dan kepalanya terkena batu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohad Idris berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah dengan tempurung kepala retak selain pendarahan di hidung, telinga dan mulut.

“Mangsa telah dibawa turun dengan bantuan pihak bomba dan dihantar ke Hospital Tangkak sebelum dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Gambir, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Bomba tiba di lokasi pada jam 3.30 petang. Pihak kami beri bantuan awal dan membawa turun mangsa dengan pengusung.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan laporan, mangsa sebelum itu berada pada ketinggian 4.5 meter dari batu-bata sebelum terjatuh ke Kolam Puteri. Dia kemudian dihanyutkan arus dan dibawa menyusuri jeram sejauh 80 meter ke bawah,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!