Sebab eksploitasi buruh di Thailand, Malaysia, Singapura
BANGKOK - Penafian hak pekerjaan dan perlindungan sosial kepada pekerja domestik migran menyumbang kepada penindasan dan buruh paksa di Thailand, Malaysia, dan Singapura, menurut laporan baharu oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).
Laporan itu yang berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap 1,201 pekerja domestik migran antara Julai dan September 2022 di Malaysia, Singapura, dan Thailand, menyatakan bahawa tempoh waktu kerja yang panjang dan upah rendah adalah satu yang lazim bagi pekerja domestik migran di semua negara yang ditinjau.
Dalam laporan berjudul "Skilled to care; forced to work? Recognizing the skills profiles of migrant domestic workers in ASEAN amid forced labour and exploitation", terdapat 29 peratus pekerja domestik migran di Malaysia yang berada di bawah definisi statistik ILO mengenai buruh paksa, begitu juga dengan 7 peratus pekerja yang disurvei di Singapura dan 4 peratus di Thailand.
Laporan itu menyatakan petunjuk ketidakrelaan termasuk tidak dapat berhenti daripada pekerjaan mereka, terpaksa tinggal dalam pekerjaan lebih lama daripada yang sepatutnya, dan dipaksa bekerja tanpa bayaran lebih masa, antara lain.
"Di ketiga-tiga negara, secara purata pekerja domestik yang ditinjau bekerja tempoh waktu kerja melebihi tempoh yang ditetapkan bagi pekerja lain. Apabila disesuaikan dengan standard tempoh kerja antarabangsa, tidak ada responden dalam penelitian ini yang mendapat upah minimum," katanya.
Sementara itu, Anna Engblom, Penasihat Teknik Utama program ILO TRIANGLE in ASEAN yang menghasikan kajian itu mengatakan bahwa hal itu tidak dapat diterima lagi.
Laporan itu juga menunjukkan penyertaaan terhad pekerja domestik migran dalam skema jaminan sosial, satu situasi yang akan meningkatkan lagi isolasi pekerja dan kerentanan mereka terhadap praktik buruh paksa.
Laporan itu menyatakan bahwa beberapa negara juga membataskan peluang pekerja domestik untuk membentuk atau menyertai kesatuan sekerja atau melakukan perundingan kolektif.
Engblom berkata, bahwa pekerja domestik perlu diakui sebagai pekerja mahir dalam hal gaji dan syarat-syarat kerja.
Tinjauan itu mengesyorkan agar pihak berkenaan meratifikasi dan melaksanakan Konvensyen ILO tentang Pekerja Domestik, 2011 (No. 189), Konvensyen Buruh Paksa, 1929 (No. 29), dan Protokol 2014 untuk Konvensyen Buruh Paksa, 1930 untuk memastikan bahwa pekerja domestik menikmati hak yang setara dengan pekerja lain, mahupun secara undang-undang atau dalam praktik.
Laporan itu dihasilkan oleh ILO sebagai sebahagian daripada program TRIANGLE in ASEAN, yang dibiayai oleh Jabatan Urusan Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT) dan Global Affairs Canada (GAC). - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!