Dakwaan Pas tak berasas - Kon Yeow

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Dakwaan Pas yang menyamakan kehilangan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang dengan kehilangan tanah penduduk Palestin kepada rejim Israel disifatkan satu tuduhan liar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan tidak berasas.

"Semestinya ia satu kenyataan yang tidak betul, satu tuduhan liar dan tidak berasas," katanya ringkas pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini pada Jumaat.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan, Pas telah menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin serta Israel.

Portal itu mendakwa, Pas mengetengahkan isu tersebut di media sosial dan membangkitkan bagaimana Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5 peratus pada 1918 sehinggalah rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.

Menurut artikel itu, Pas mendakwa kajian pada 2010 mendapati pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 27 peratus dan mendakwa Pulau Pinang membuat 'rampasan bersistem' dalam mengambil alih pemilikan dan menguasai kawasan yang asalnya majoriti Melayu-Islam.

Susulan daripada itu, Timbalan Menteri II, Ramasamy menyifatkan tindakan Pas itu sebagai tidak masuk akal.

Beliau menegaskan tindakan Pas memberi gambaran bahawa tanah Melayu sedang diambil-alih secara sistematik oleh orang bukan Melayu atau kerajaan negeri adalah satu cubaan untuk mengapikan isu perkauman.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!