Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan Ahad ini
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ahad ini.
Anwar menerusi catatan di Facebook beliau mengajak rakyat negeri itu khususnya anak muda, menyertai serta bertanya soalan pada sesi berkenaan.
"Peserta bebas melontarkan apa juga soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya,” katanya.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman http://temuanwar.com.
Temu Anwar adalah program dialog anak muda bersiri yang dilaksanakan sejak 2009, bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda mengutarakan persoalan secara langsung kepada pemimpin itu.
Sejak dilantik Perdana Menteri pada November lepas, Temu Anwar telah diadakan di beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!