Sultan Selangor, permaisuri berangkat tunai haji minggu depan
SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dijadual berangkat menunaikan ibadah haji minggu depan.
Menerusi Facebook Selangor Royal Office, satu majlis doa selamat sempena keberangkatan baginda berdua ke tanah suci telah diadakan pada Khamis.
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut berangkat ke majlis berkenaan.
Majlis yang diadakan di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!