Gambar tular beri MyKad kepada warga China isu lama
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan pembabitan kerajaan dalam pemberian MyKad kepada warga China seperti yang tular di media sosial.
Beliau berkata, kes berkaitan gambar berkenaan berlaku pada tahun 2019 ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri KDN.
“Saya yakin beliau (Muhyiddin) tidak terlibat, pegawai Jabatan Pendaftaran yang berkenaan pun dah ditangkap, disiasat dan kini sedang dibicarakan.
“Pemegang MyKad itu pula telah diusir balik negara asalnya,” ujarnya menerusi Facebook pada Jumaat.
Saifuddin berkata, ada pihak yang sengaja mencari salah kerajaan Madani tanpa rasa bersalah untuk menyemak maklumat.
“Asal dapat main sentimen kaum dan dapat keuntungan politik mereka puas hati,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!