Mat Sabu dijadual jalani pembedahan apendiks malam ini

Mohamad
Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada Khamis untuk mendapatkan rawatan berhubung apendiks dan beliau dijadualkan menjalani pembedahan, malam ini.

Kementerian itu, dalam kenyataan malam Khamis, memaklumkan Mohamad perlu menjalani pembedahan itu atas nasihat pakar perubatan.

"Beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi. Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat Yang Berhormat Datuk Seri.

"Sama-sama kita doakan Yang Berhormat Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!