Anak Taib Mahmud saman ibu tiri
SHAH ALAM - Anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib memfailkan saman terhadap ibu tirinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.
Menurut laporan The Borneo Post, tindakan undang-undang yang dibuat anak ketiga Tun Abdul Taib Mahmud itu adalah berkaitan pemindahan saham sebuah syarikat swasta kepada Raghad.
Sebutan kes itu akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alexander Siew, Isnin ini.
Sulaiman, 55, dilapor menamakan Raghad dan seorang lagi sebagai defendan.
Untuk rekod, Sulaiman yang juga bekas Timbalan Menteri Pelancongan pada 2008 adalah Pengarah Urusan Kumpulan Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB).
Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Samarahan menggantikan bapanya pada 2008 hingga 2013.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!