Cungkil lebih ramai bakat aksi lagak ngeri

Mazlan (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang tenaga pengajar Program Pembangunan Modal Insan Kandungan Kreatif Finas - Kursus Motivasi dan Latihan Asas Lagak Aksi Siri 1 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh pada Jumaat.

A
A
A

IPOH - Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) buat julung kalinya bekerjasama dengan Persatuan Profesional Lagak Aksi Malaysia menganjurkan kursus bagi melahirkan pelakon aksi lagak ngeri di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Latihan Industri Finas, Radzuan Asan @ Hassan berkata, program itu dilaksanakan bertujuan melahirkan lebih ramai penggiat seni berkemahiran dalam aksi lagak ngeri.

Menurutnya, biarpun tempoh kursus dilaksanakan hanya lima hari, namun hasil yang dilihat daripada peserta amat mengagumkan.

"Finas kali ini memfokuskan penggiat seni dan anak muda yang mempunyai bakat terpendam mahir dalam aksi lagak ngeri ini.

"Dengan adanya bengkel-bengkel seperti ini, kita akan lebih banyak mengeluarkan tenaga kerja dalam bidang industri kreatif ini sebab dalam bidang lagak negeri sebenarnya terhad, tak ramai yang boleh buat lagak ngeri ini," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kepada Peserta Program Pembangunan Modal Insan Kandungan Kreatif Finas - Kursus Motivasi dan Latihan Asas Lagak Aksi Siri 1 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Jumaat.

Kesemua peserta Program Pembangunan Modal Insan Kandungan Kreatif Finas - Kursus Motivasi dan Latihan Asas Lagak Aksi Siri 1 menunjukkan sijil masing-masing ketika majlis penutup Program Pembangunan Modal Insan Kandungan Kreatif Finas - Kursus Motivasi dan Latihan Asas Lagak Aksi Siri 1 pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Whip Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Datul Mazlan Abdul Rahman; Pegawai Eksekutif Kanan Unit Latihan Industri Finas, Muhamad Rizal Mat Yasin;Pengurus Besar Nasmie Group Sdn Bhd, Marzuki Mahmud dan Pengasas Promasta, Yank Kassim.

Radzuan berkata, kesemua peserta dibiayai sepenuhnya oleh Finas dan mereka dipilih oleh Promasta dari seluruh negara untuk mengikuti program bermula 12 Jun lalu.

Sementara itu, Yank Kassim berkata, 25 peserta tersebut dipilih daripada lebih 80 orang yang mengemukakan permohonan untuk menyertai kursus tersebut.

Menurutnya, melalui sijil yang diperoleh daripada kursus berkenaan, peserta boleh memperluaskan peluang beraksi bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara.

Jelasnya, pihak Promasta mengalu-alukan kerjasama dengan Finas untuk mengadakan program sama pada masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!