City lepaskan Gundogan, Mendy

Gundogan FOTO: AFP
Gundogan FOTO: AFP
A
A
A

MANCHESTER City bersedia melepaskan kapten Ilkay Gundogan dan Benjamin Mendy secara percuma apabila kontrak mereka tamat bulan ini.

Sebelum ini, Gundogan membisu mengenai masa depannya selepas membawa kelab itu menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara musim ini.

Pemain antarabangsa Jerman itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi seperti Arsenal dan Barcelona.

Gundogan menjadi pemain penting buat City memenangi 14 trofi di kelab itu termasuk lima kejuaraan liga selepas perpindahannya dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada 2016.

Mendy pula tidak bermain untuk City sejak Ogos 2021 selepas dia digantung berikutan penahanannya atas tuduhan rogol dan serangan seksual.

Pemian kelahiran Perancis itu yang menyertai City pada 2017 dengan nilai £52 juta (RM307 juta) didapati tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol dan satu pertuduhan serangan seksual pada Januari tetapi dia berdepan perbicaraan semula atas dua pertuduhan lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!