Lelaki warga AS cedera, jatuh di air terjun Rimba Kanching
RAWANG - Seorang lelaki warga Amerika Syarikat cedera akibat terjatuh ketika mandi di air terjun Rimba Kanching di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 11.16 pagi.
"Seramai tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 11.40 pagi.
"Mangsa berumur lingkungan 29 tahun dipercayai terjatuh ketika mandi di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian pinggang menerusi pemeriksaan awal yang dijalankan.
"Mangsa kemudian dibawa turun oleh anggota bomba terlibat untuk rawatan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!