Gadis hilang ingatan setiap hari
GREENSBORO-NORTH CAROLINA. Ingatan seorang remaja perempuan terpadam setiap hari selepas dia bangun daripada tidur ekoran kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala dua tahun lalu.
Caitlin Little, 16, berasal dari bandar ini disahkan menghidapi masalah amnesia anterogred hingga mengakibatkan dia gagal menyimpan ingatan baharu.
Lebih malang, otaknya akan memadam memori dikumpulkan setiap hari apabila dia tidur pada waktu malam.
Gadis itu juga gagal mengingati semula perkara yang berlaku pada hari sebelumnya.
Akibat penyakitnya itu, kakaknya Sarah berkata, keluarga mereka terpaksa membuat nota mengenai semua perkara di rumah untuk membantu Caitlin mengharungi aktiviti hariannya.
“Ia bagai tinggal di dunia Alice in Wonderland kerana terdapat nota ‘makan saya’, ‘minum saya’ dan ‘guna ini’. Begitu banyak nota ditampal di dalam rumah,” kata Sarah. – Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!