Amanah tidak mahu layan sindiran Sanusi

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

LUMUT - Parti Amanah Negara (Amanah) mengambil sikap tidak melayan sindiran Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap tindakan seorang menteri yang menunggang lembu dalam video tular baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, isu berkenaan tidak patut dipolemikkan berikutan ia merupakan usaha pemimpin untuk mendekati rakyat.

"Jadi menteri ini kadang-kadang kita kena merakyat, jadi apa benda yang tidak sepadannya? Daripada duduk di pejabat, membuat polisi, membuat dasar, menyelesaikan tugas dalam pejabat dan sambil itu kita turun padang.

"Kadang-kadang petani, orang kampung nak tengok kita jadi macam orang kampung, jadi tak salah pun.

"Lagipun dia (Muhammad Sanusi) pun ada buat lebih daripada itu lagi. Jadi tak perlulah kita nak layanlah benda-benda macam itu," katanya ketika melawat sebuah kilang pembungkusan minyak masak di Manjung di sini pada Sabtu.

Pada Jumaat, media melaporkan Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah menyelar tindakan seorang menteri yang dikatakan 'menunggang' lembu sehingga menyebabkannya ditertawakan

Beliau turut mengaitkan tindakan menteri berkenaan dengan prestasi yang didakwanya sangat mendukacitakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!