Pelaburan dapat dividen dalam tiga jam palsu - MOF

Tangkap layar iklan pelaburan palsu menerusi Facebook dimuat naik di akaun Twitter MOF pada Sabtu.
Tangkap layar iklan pelaburan palsu menerusi Facebook dimuat naik di akaun Twitter MOF pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan iklan pelaburan menerusi laman sosial Facebook yang menawarkan dividen hanya dalam tempoh tiga jam adalah palsu.

MOF berkata, orang ramai perlu berhati-hati dengan tawaran sedemikian.

"MoF ingin menegaskan bahawa maklumat (iklan pelaburan) ini adalah palsu.

"Berhati-hati dan jangan terpedaya dengan iklan sebegini. Tidak sah, jangan kongsi," katanya melalui ciapan di Twitter pada Sabtu.

Menerusi ciapan berkenaan, MOF turut memuat naik tangkap layar iklan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!