Ebit Lew sambut hari jadi isteri buat netizen teruja

Ebit menempah slot papan iklan digital sebuah bangunan bagi membuat ucapan selamat hari jadi kepada isteri tercinta.
Ebit menempah slot papan iklan digital sebuah bangunan bagi membuat ucapan selamat hari jadi kepada isteri tercinta.
A
A
A

SHAH ALAM - Memiliki suami yang pandai berdakwah, aktif dengan kerja sosial dan juga romantik pasti menjadi idaman buat para wanita.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ebit Lew memuat naik hantaran video sambutan hari jadi isterinya di laman sosial TikTok.

Sambutan yang diadakan bersama ahli keluarganya diadakan dengan cukup meriah di sebuah restoran.

Apa yang mencuri perhatian netizen ialah Ebit menempah slot papan iklan digital sebuah bangunan bagi membuat ucapan selamat hari jadi kepada isteri tercinta.

Tindakan pendakwah itu menimbulkan rasa terharu netizen yang memuji cara Ebit menghargai isterinya.

Netizen terharu dengan cara Ebit menghargai isterinya.
Netizen terharu dengan cara Ebit menghargai isterinya.

“Nak menangis tengok, macam mana lah isteri dan anak dia hadap serta sabar dengan fitnah orang terhadap dia sekarang,” kata pemilik akaun TikTok Tembikai Goreng.

Individu bernama One Ana pula dalam ruangan komentar di hantaran tersebut pula berharap untuk memiliki pasangan seperti Ebit.

“Ada ke lelaki tambahan yang sama macam Ebit, nak satu,” katanya.

Pengguna Maslia1525 pula mendoakan semoga pasangan berkenaan kekal bahagia.

“Alhamdulillah, bahagianya seorang isteri apabila suami sentiasa menghargai dan meletakkan isteri di sisi tiap detik dan ketika moga bahagia sehingga ke jannah,” komennya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!