Peruntukan air Kelantan ikut keutamaan - Nik Nazmi

Nik Nazmi melihat pelan lokasi pembinaan ketika melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Persekutuan di Pulau Teluk Renjuna pada Sabtu. - Foto Bernama
Nik Nazmi melihat pelan lokasi pembinaan ketika melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Persekutuan di Pulau Teluk Renjuna pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

TUMPAT - Peruntukan bagi menyelesaikan isu air di Kelantan akan diluluskan mengikut keutamaan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan di peringkat pegawai dengan kerajaan pusat dan kerajaan negeri melihat kepada projek lebih penting melibatkan masalah berkenaan.

"Kerajaan Kelantan meletakkan kapasiti terlalu besar namun jika fokus kepada projek prioriti sebenarnya dapat menyelesaikam sebahagian besar masalah air di negeri itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan di Teluk Renjuna dekat sini pada Sabtu.

Tambah beliau, melalui perbincangan itu pihaknya telah mendapat angka yang jauh lebih rendah.

"Pada masa sama kita tekankan kepada keperluan pemantauan tata kelola di peringkat Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd ditingkatkan," katanya.

Bagaimanapun Nik Nazmi berkata, kementerian akan memuktamadkan dalam pertemuan bersama kerajaan Kelantan pada masa akan datang.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan permohonan RM8 bilion untuk menyelesaikan isu air Kelantan dan akan meneliti keperluannya.

Anwar berkata, ada syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan sebanyak itu dibenarkan tetapi tindakan segera seperti peruntukan dana dibincangkan bagi menyelesaikan masalah bekalan air yang tidak sampai dan tidak bersih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!